SEKSYEN KORPORAT DAN KUALITI

  • Merangka dan melaksanakan strategi Program Promosi dan Perhubungan Awam Kementerian ke arah pembentukan imej positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
  • Menyediakan bahan promosi dan pameran.
  • Melaksanakan Kolaborasi Strategik Promosi Penyampaian Perkhidmatan Awam bersama Media dan Agensi Kerajaan.
  • Penyediaan bahan-bahan taklimat/penerangan mengenai Kementerian.
  • Mengendalikan aktiviti perhubungan awam seperti hebahan, berita dan informasi terkini kerajaan kepada orang awam berkaitan perkhidmatan Kementerian.
  • Menyelaras lawatan perkongsian pengalaman dan amalan-amalan terbaik berkaitan penyampaian perkhidmatan awam yang berkaitan.
  • Menyelaras dan memantau Pegawai Khidmat Pelanggan dan Kaunter Khidmat Pelanggan.
  • Memantau dan menilai pematuhan Piagam Pelanggan Kementerian.
  • Urusetia pembangunan Laman Web Kementerian.
  • Menyelaras dan melaksana inisiatif kualiti dan pembaharuan dalam perkhidmatan awam mengikut garispanduan yang berkuatkuasa seperti Eksa, MS ISO, KIK dan lain-lain
  • Menyelaras dan menyediakan bahan multimedia
  • Memudahcara perhubungan pelanggan dan stakeholder
  • Urus Setia kepada Majlis/perayaan rasmi Kementerian
  • Penyediaan Pelan Strategik
  • Melaksanakan kajian semula pelaksanaan pelan strategik
  • Menyediakan laporan pencapaian KPI Kementerian secara berkala
  • Menyedia dan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan kearah peningkatan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan
  • Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dan Pelan strategik
  • Melaksanakan kajian impak terhadap program/aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian
  • Mencadangkan program/akitviti yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian dan Jabatan/agensi berdasarkan kajian dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan fungsi dan tanggungjawab
Image
Hakcipta Terpelihara © 2018 Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah. Designed by Pusat ICT Sabah